suria

Ini kisah pemuda parodi baju pokok bunga Aina Abdul, berani patahkan pokok inai ketika ibu tiada di rumah!

BELUM sempat siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) pada Ahad lalu berakhir, video TikTok pemuda ini viral gara-gara parodi busana persis pokok bunga yang digayakan penyanyi Aina Abdul.

Menurut Mohamad Hanif Mohd Shukri, 20, dia yang meminati Aina tidak mengambil masa yang lama untuk melakukan parodi tersebut.

“Bunga-bunga tu ambil di ruang tamu saja. Cuma daun tu saya petik di depan rumah ketika tengah hujan lebat.

“Nasib baik juga ibu tiada di rumah ketika tu, jadi senang la saya buat kerja,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kata pemuda dari Sungai Petani, Kedah ini lagi, dia tidak mahu ketinggalan untuk melakukan parodi pakaian Aina kerana menyifatkan ia unik dan menarik.

Untuk rekod, Aina yang tampil berduet dengan penyanyi Khai Bahar menerusi lagu Nafas Cinta mencuri tumpuan apabila menggayakan pakaian seperti pepohon bunga hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi