suria

Awak sangat ‘limited edition’! Wanita ini dipuji tak pilih rupa, bahagia kahwin jejaka Pulau Pinang wajah penuh parut

WAJAH yang sempurna bukanlah faktor utama untuk memenangi hati seorang wanita.

Cerita Nur Jannah Muhammad Zaki, 22, dia menerima suaminya Mohammad Noor Aiman Akhmal Noor Rizal, 23, seadanya bukan kerana wajah tapi kerana ketulusan hati.

“Sebab hatilah, apabila kita dah sayang rupa tu tak penting pun,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Aiman turut berkongsi tentang penyakit kulit pada wajahnya.

“Ini adalah penyakit kulit.... ia adalah parut hiduplah.

“Dah pergi buat rawatan di hospital pun masih tak berjaya, saya dah malas nak buat lagi. Cukup la dah ada isteri dan anak,” ujarnya.

Untuk rekod Aiman dan Jannah selamat diijabkabulkan pada 17 Februari tahun lalu dan sudah menimang seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Humairah Azzahra yang berusia dua bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi