suria

Pengantin lelaki terjun sungai selamat budak OKU hiper cerita kejadian dalam air, nasib baik cepat bertindak!

TINDAKAN pantas seorang pengantin menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki kelainan upaya (OKU) yang hampir lemas di dalam sungai mendapat pujian ramai.

Ketika masih dalam persalinan baju Melayu, Mohd Anuar Ahmad, 33, terjun ke dalam sungai di Anak Bukit, Alor Star, Kedah bagi menyelamatkan mangsa.

“Ketika kejadian kami sedang buat sesi photoshoot di situ. Budak tu dah hampir lemas.

“Orang kampung kat situ cakap mereka tak boleh berenang, tak berani nak terjun tak berani nak tolong,” katanya kepada mStar.

Sementara itu menurut isterinya, Noorhalinda Mohamod, 38, dia berbangga apabila Anuar sanggup membahayakan diri bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

“Sebenarnya bukan senang suami saya nak selamatkan dia sebab budak tu hiperaktif.

“Suami saya pun digigitnya kerana dia tak kenal. Mereka terpaksa bawa ibu kanak-kanak itu naik bot dan dekati mereka di dalam air untuk pujuk,” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi