suria

Wahai Kak Long! Maaf saja tak cukup, kena bertanggungjawab... Lelaki ini lapor polis, tergores OKU dihina

TINDAKAN Kak Long 7E mengejek golongan orang kelainan upaya (OKU) terus mendapat kecaman ramai.

Tampil mempertahankan hak golongan berkenaan, individu bernama Khairul Hafiz Ismail membuat laporan di Balai Polis Puchong pada Rabu.

Katanya, sebagai salah seorang daripada golongan berkenaan dia kecewa dengan perbuatan segelintir masyarakat yang masih memandang rendah kepada OKU.

“Memang dia dah minta maaf, tapi maaf itu perlu hadir dengan satu komitmen tertentu. Orang kita senang minta maaf, kemudian buat lagi,” katanya kepada mStar.

Selain itu Khairul yang kudung sebelah kaki berharap orang ramai termasuk golongan OKU yang terluka dengan perbuataan penghinaan seperti itu agar tidak melahirkan kemarahan secara beremosi di media sosial.

Sebaliknya dia menasihatkan agar melaporkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi