suria

Nama bapa pengantin sama, sampai tok kadi was-was... Siap tanya adik beradik ke ni? Keluarga pula risau ayah buat hal!

GARA-GARA memiliki nama bapa yang sama, pasangan pengantin iaitu Muhammad Muhyiddin dan Nurul Solehah disangka merupakan adik-beradik.

Cerita Muhammad Muhyiddin, 24, semasa hari pernikahan itu tok kadi bertanyakan beberapa soalan kerana curiga dengan status mereka lebih-lebih lagi nama bapa sama iaitu Che Ahmad.

“Hari akad nikah tu tok kadi tanya pada saya yang ni betulkan korang bukan adik beradikkan? Dia tanya macam tu dekat saya.

“Selepas itu tok kadi tanya lagi... mana Che Ahmad (bapa saya) dan mana Che Ahmad (bapa mentua),” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Muhyiddin sah bernikah dengan isterinya Nurul Solehah Che Ahmad, 24, pada 25 Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi