suria

Kanak-kanak 6 tahun jentik hati netizen, jual mainan untuk sedekah... Sayf Mecca sedih tengok anak yatim menangis

TINDAKAN kanak-kanak berusia enam tahun bernama Sayf Mecca menjual koleksi mainan miliknya bagi tujuan bersedekah menerima pujian netizen.

Menurut bapanya iaitu Zulhelmey Isnin, dia berbangga apabila anak lelakinya itu menyatakan hasrat memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Nak jadikan cerita dia nak bagi Happy Meal kepada anak-anak yatim tu sebab dia ada ternampak Maskot Mickey Mouse dekat tepi McDonald untuk hiburkan kanak-kanak.

“Jadi dia tanya ibu dia yang dia nak buat sesuatu untuk bahagiakan kanak-kanak lain.

“Kita tanya dia apa dia nak buat dan dia cakap nak jual mainan dia untuk belanja anak-anak yatim,” katanya kepada mStar.

Difahamkan hasil sumbangan makanan itu disalurkan kepada dua rumah anak yatim disekitar Ampang, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi