suria

Padah kejut buka puasa, suami naik hantu cekik isteri... Mengamuk macam kena rasuk!

PADAH mengejutkan suami yang sedang tidur, seorang wanita menjadi mangsa amukan dalam kejadian yang berlaku pada petang Ahad lalu.

Ibu kepada lima orang anak yang mahu dikenali sebagai Yusfairuz ini berkata lehernya dicekik dan diacu objek tajam oleh suami.

“Kejadian berlaku semasa hari pertama berpuasa, saya kejutkan dia sebab dah nak waktu berbuka... dia tiba-tiba marah dan sepahkan barang dekat rumah.

“Paling saya terkejut apabila dia cekik saya dan acukan benda tajam dekat leher saya, dia tak pernah buat macam ni,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusfairuz memberitahu dia sudah membuat laporan polis berhubung insiden ini.

Dalam masa sama, dia mendoakan agar suaminya itu berubah sikap dan menyedari kesilapan yang dilakukan.

“Saya buat laporan polis untuk back up diri saya kalau ada apa-apa yang berlaku bukan nak buka aib dia.

“Saya sayangkan dia, saya harap dia berubah dan kembali ke pangkal jalan,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Yusfairuz, suami acu objek tajam
Semua
Hiburan
Berita
Variasi