suria

Sering mimpi ‘bukan-bukan’, 10 tahun gadis cantik terseksa diganggu jin… Makhluk berbulu hitam siap mengaku dah ada 3 anak bersama

SEORANG wanita dikenali sebagai Tiqa berkongsi cerita misteri mendedahkan dirinya didampingi oleh jin sejak 10 tahun lalu.

Cerita Tiqa atau Nurul Atiqah Wasri, 24, dia bermimpi didatangi sosok seorang lelaki mengaku sudah mengahwininya dan mempunyai tiga orang anak.

“Mimpi ada lelaki tapi wajah dia samar-samar macam itu, dia cakap dia kahwin dengan saya sedangkan saya belum kahwin lagi.

“Lepas itu dia cakap kita dah lama kahwin, bila saya cakap saya tiada hubungan dengan sesiapa pun... dalam mimpi itu dia cakap dah ada anak dengan saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Tiqa memberitahu dia sudah menjalani rawatan tradisional secara Islam dan berharap perkara tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi