suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ini rahsia artis junior tak ‘kekwat’ dengan Bell Ngasri, selamba bertegur sapa jumpa pelakon lebih popular

SIKAP pelakon baharu yang dikatakan tidak pandai membawa diri dalam dunia hiburan sering menjadi buah mulut artis senior.

Namun bagi pelakon Bell Ngasri, 42, dia tidak pernah berdepan situasi berkenaan.

“Tak pernah pula pelakon baharu kekwat (sombong) dengan saya, mungkin sebab perangai saya begini.

“Kekwat atau tidak saya memang akan bertegur sapa dengan mereka kalau jumpa di set penggambaran.

“Jadi saya tak pernah ada masalah dengan artis yang lebih popular,” katanya kepada mStar.

Bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya, Bell berkata dia bersyukur sehingga kini dia masih kekal relevan menerima tawaran berlakon.

“Mungkin nasib saya, sebenarnya kalau diikutkan dulu dan sekarang berbeza.

“Kalau dulu saya bawa watak-watak yang serius dan sekarang lebih kepada komedi.

“Saya tak pernah minta rezeki saya tinggi melambung. Cukup la ada dan konsisten," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi