suria

Dayana Roza guna khidmat ‘maid’ berpengalaman jaga anak di rumah, tapi tetap pasang CCTV untuk keselamatan

ISU melibatkan penganiayaan dan kecuaian hingga menyebabkan kematian anak di tangan pengasuh atau orang gaji membuatkan pelakon Dayana Roza lebih berhati-hati.

Kata Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 30, dia memilih untuk menggunakan khidmat pembantu rumah berpengalaman dalam asuhan bayi dan kanak-kanak.

“Lebih baik cari yang dah ada anak sendiri jadi dia ada naluri keibuan. Selain itu saya tetap pasang CCTV di rumah untuk pantau apa yang berlaku,” katanya yang memiliki seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan.

Untuk rekod, Dayana mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan selamat melahirkan bayi pra matang yang diberi nama Astrid Raheeya pada 20 Julai tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi