suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadi polis atau gay? Anak Aaron Aziz terbuka dapat tahu bapa berlakon watak songsang

SAYA lurus! Demikian tegas pelakon Gambit Saifullah tentang seksualitinya apabila melakonkan watak lelaki songsang menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Menurut Gambit atau Mohd Saifullah Rosli, 37, sebagai pelakon dia cuba menyampaikan mesej tentang situasi yang berlaku dalam masyarakat.

Namun katanya, dia sedia melakonkan watak bernama Izfairin selepas diberitahu bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz.

“Kalau gandingan saya bukan dengan Aaron mungkin susah saya nak ambil job.

“Ataupun kalau mungkin seorang pelakon tu yang saya tak pastilah dia lembut ataupun tidak... susah juga.

“Sebab saya ‘lurus’, jadi kalau bergandingan dengan yang tak berapa ‘lurus’ itu dah kacau," katanya kepada mStar.

Drama Suamiku Lelaki Pendosa menampilkan barisan pelakon handalan seperti Aaron Aziz, Sophia Al Barakbah, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Maria Farida dan ramai lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi