suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ada sesetengah orang suruh bogel pun dia buat!” - Ini sebab Azman Naim tolak realiti TV, tak sanggup bodohkan diri

TERPANGGIL untuk bersuara mengenai masa depan industri seni, penyanyi lagu parodi My Way iaitu Azman Naim berkata dia kecewa apabila pihak berkepentingan hanya mementingkan rating dan bukannya kualiti.

Kata Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, pemain industri bertanggungjawab menentukan hala tuju dan masa depan dunia hiburan tempatan.

“Tapi mungkin juga penonton turut menyumbang apabila mereka menonton, menyokong benda yang pada saya agak sampah ni.

“Jadi apabila orang dalam industri nampak ia dapat sambutan, rating tinggi... mereka akan teruskan. Jadi semua orang terbabit,” katanya.

Sebelum ini Azman mendedahkan dia pernah menolak tawaran menyertai tiga program televisyen realiti nyanyian kerana merasakan tidak layak.

Tegasnya, dia hanya akan memperbodohkan diri sendiri apabila terpaksa melakukan sesuatu yang bukan kepakarannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi