suria

Musim raya bakal tiba, Wak Doyok risau designer muncul idea pelik buat baju Melayu selit elemen perempuan!

IKON fesyen terkenal Wak Doyok terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang fesyen pakaian lelaki yang sudah hilang elemen ‘kelelakian’.

Kata Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 39, cubaan untuk melakukan transformasi terhadap pakaian lelaki seperti baju Melayu dan suit sama sekali tidak boleh diterima.

“Kalau street fashion tak ada masalah nak buat macam mana sekalipun... baju besar ke bunga-bunga ke tak ada masalah.

“Tapi baju yang gentleman look ni dia memang dah macamtu. Jangan pula baju Melayu diolah jadikan berlengan pendek atau letakkan fabrik jaring di dada.

“Begitu juga dengan suit seperti tuxedo, rekaan memang macam tu... tak boleh nak ubah-ubah lagi dah,” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi