suria

Syanie jaga batas pergaulan dengan Saiful Apek, tak boleh manja macam dulu - “Saya tahu had sebagai isteri orang”

SUDAH hampir setahun pelakon Syanie melayari bahtera perkahwinan dengan suaminya, Zahril Hafiz Mohammed Nor.

Kata Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 48, dia bersyukur suaminya itu tidak pernah menghalang minatnya untuk terus aktif dalam dunia lakonan.

Namun menurut Syanie yang bakal tampil menerusi filem Hantu Kuat Ketawa, suaminya meletakkan syarat agar dia mengambil tawaran lakonan yang memerlukan dia untuk ke luar kawasan dalam tempoh yang lama.

"Suami minta jangan ikut penggambaran lama-lama. Kalau dua minggu tu kira paling lama boleh tinggalkan dia.

"Penggambaran di KL tak mengapa hari-hari boleh jumpa," katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi