suria

Sejak ada bayi Ikmal Amry kena ‘warning’ jangan tidur buas, ubah sikap jadi lebih sabar

SELEPAS bergelar bapa, pelakon Ikmal Amry akui kehidupannya kini lebih bahagia dengan kehadiran cahaya pertamanya yang diberi nama Cailie.

Menurut Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, dia juga mula berubah ke arah yang lebih baik.

“Isteri pun selalu pesan jangan tidur lasak sangat, takut terkena baby.

“Jadi saya pun kena ubah sikap, ubah cara tidur demi anak. Masa tu mula terfikir ini bukan diri saya sebelum ni... tapi akhirnya mula berubah,” katanya kepada mStar.

Pada 30 Disember lalu isteri Ikmal iaitu Najla Shamsul selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Bayi itu diberi nama Cailie yang membawa maksud kesayangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi