suria

“Orang pandang macam hina sangat” - Ashira serba salah kongsi cerita kerja ‘part time’ cuci pinggan

BARU-BARU nama penyanyi Ashira menjadi bualan ramai gara-gara laporan mengatakan dia berdepan kesusahan hingga terpaksa mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran di Puchong, Selangor.

Namun Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, berkata pekerjaan yang dilakukannya itu hanya sekadar mengisi masa lapang pada hujung minggu.

“Saya seorang yang sudah biasa bekerja, jadi apabila terlalu lama di rumah... saya perlu keluar untuk dapatkan fresh air. Namun sebenarnya saya bukan bekerja (secara tetap) di restoran kawan saya tu, sekadar isi masa lapang.

“Namun dia tetap bagi saya token atas pertolongan saya tu. Lagi pun bukan cuci pinggan je, saya juga buat tugas-tugas lain seperti ambil dan hantar pesanan dan sebagainya.

“Tapi isunya orang pandang pekerjaan tu seperti hina sangat, kononnya artis tak patut buat kerja macam tu... saya tak rasa ia salah, kerja tu memang biasa saya buat di rumah,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ashira, Bad Indigo, cuci pinggan
Semua
Hiburan
Berita
Variasi