suria

Pelakon Iman Zulkarnain nasihat pelakon watak gay Danish Iskandar tidak melatah, kekal positif biarpun dikecam

PELAKON Iman Zulkarnain menasihatkan pendatang baharu, Danish Iskandar agar bertenang dan tidak mudah melatah berhubung isu penglibatannya dalam drama pendek yang ditayangkan di aplikasi mencari pasangan homoseksual yang tular baru-baru ini.

Ujarnya, dia memahami apa yang dialami oleh remaja itu yang menerima pelbagai tomahan daripada masyarakat akibat penglibatannya itu.

Namun menurut Iman, apa yang dilakukan Danish hanya sebuah lakonan semata-mata.

"Sebagai pelakon, Danish perlu faham tugasnya untuk berlakon diberi watak apa sekalipun.

"Saya bukan argue, cuma dia kata dia rasa malu dan tertekan dengan kecaman netizen.

"Sebagai seorang pelakon ini hanya lakonan, tak kisah la kita dapat watak apa pun tapi tuntutan watak tu kita kena penuhi," katanya kepada mStar.

Tambahnya, sebagai pendatang baharu kena kental dan berfikiran positif supaya tidak patah semangat untuk meneruskan kerjaya dalam industri.

"Saya support emosi dia, jangan fikir sangat fasal benda ni. Ini hanya lakonan, ini kerja awak tapi apps tu memang kena saman la.

"Jangan demotivated awak hanya buat yang terbaik dan jangan down sebab satu isu ni je," ujarnya.

Iman pernah memainkan watak seorang homoseksual menerusi drama pendek Merpati Putih Tak Pernah Ingkar Janji sekitar tahun 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi