suria

Lan Solo kongsi detik air banjir naik mendadak, bekalan elektrik putus... Bimbang keselamatan anak-anak

HAMPIR 85 peratus barangan eletronik dan perabot rumah penyanyi Lan Solo rosak akibat banjir yang menenggelami kediamannya pada Ahad.

Berkongsi pengalaman itu, Lan berkata, dia tidak menyangka paras air di kawasan rumahnya meningkat dengan cepat dan di luar jangkaan penduduk Kampung Seri Aman, Puchong, Selangor.

“Kalau nak cerita kejadian berlaku, dia berlaku dengan begitu cepatlah dan di luar jangkaan kami sebab kejadian banjir besar macam ini tak pernah terjadi sebelum ini.

“Kalau ikut kan air paras buku lali je dan bagi kami penduduk kampung paras itu normal mungkin disebabkan sistem perparitan tersumbat.

“Tapi pelik bila paras air makin tinggi sampai tahap paha dan bekalan eletrik terputus yang menjadikan keadaan jadi lebih buruk,” katanya kepada mStar.

Tambah Lan, dia tidak sempat untuk menyelamatkan barangan penting kerana mengutamakan keselamatan anak-anak terlebih dahulu.

“So kitorang decide keluarkan anak-anak dan ditempatkan di kedai saya Borneo Mart, ada mak mentua saya dan pekerja di sana saling tolong-menolong.

“Apa je yang kami dapat selamatkan? Dokumen semua tak sempat, hanya barang untuk bertahan 24 jam je la sampai pagi.

“Apa yang saya boleh hampir 85 peratus barangan di rumah saya rosak dan mana-mana yang tak boleh guna kami akan terpaksa buang saja,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi