suria

Foto Zul Ariffin berseluar pendek nampak paha berurat undang komen nakal, netizen persoal kisah bergaul dengan tabligh

SEBELUM ini pelakon Zul Ariffin pernah menjelaskan kepada umum bahawa dia tidak pernah menyertai jemaah tablight sebaliknya hanya bergaul dengan golongan pendakwah.

Justeru kata Zul atau Zulkifli Ariffin, 35, mana-mana pihak tidak seharusnya mengaitkan gaya hidupnya pada ketika ini dengan mana-mana pihak.

Terbaharu pelakon filem Sangkar ini sering ditegur tentang penampilannya yang mendedahkan sebahagian auratnya menerusi perkongsian foto di media sosial.

Namun kata Zul, dia berharap netizen tidak mengaitkan hal berkenaan dengan aktiviti keagamaan yang disertainya sebelum ini.

“Saya tak pernah keluar kenyataan sertai tabligh. Saya hanya bergaul dengan pendakwah.

“Kepada orang yang komen melampau tu... jika anda boleh beri jaminan esok anda tak akan melakukan kesalahan sila beritahu, saya nak belajar.

“Saya adalah selebriti, kritikan itu umpama ‘sarapan’ bagi saya... saya akan hadapinya walau apa pun,” katanya kepada mStar.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) baru-baru ini.

Filem lakonan Zul iaitu Sangkar antara karya yang bersaing dalam FFM kali ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi