suria

Allahyarham Gmie Screen dalam kenangan... Isteri imbau pesanan akhir arwah mahu anak jadi ustaz imam solat jenazah

TIADA apa yang mampu diungkapkan melainkan rasa syukur apabila hajat Allahyarham Hajimi Ibrahim atau Gmie Screen yang mahu anak sendiri mengimamkan solat jenazahnya dapat ditunaikan.

Bercerita tentang pesanan arwah itu, isterinya Siti Royani Gumari berkata dia juga tidak menyangka urusan proses menguruskan jenazah suaminya yang meninggal dunia pada 10 Disember lalu berjalan lancar.

“Dia pesan kepada anak lelaki kami supaya belajar pandai-pandai, nanti boleh jadi ustaz. Nanti apabila dia dah mati, boleh sembahyangkan jenazahnya.

“Alhamdulillah apabila memang anak dia sendiri yang imamkan dia, saya syukur dan terkejut.

“Malah dia juga minta supaya anak-anak mandikan dia... Alhamdulillah permintaannya ditunaikan,” katanya ketika ditemui mStar.

mStar menziarahi isteri arwah di kediaman mereka di Kampung Medan Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor.

Gmie menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada pukul 2.30 pagi Jumaat, 10 Disember lalu selepas hampir dua tahun diuji sakit buah pinggang berlubang.

Vokalis kumpulan Screen itu meninggal dunia pada usia 50 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi