suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fizi Ali jawab tuduhan malas tolong Syakilla Khoriri buat kerja rumah jadi punca cerai - “Takkan cuci najis anak pun nak tunjuk”

KETIKA bekas pasangan suami isteri Fizi Ali dan Syakilla Khoriri masih berada dalam fasa bertenang selepas bercerai, timbul spekulasi tidak baik tentang punca perpisahan mereka.

Lebih menyakitkan apabila Fizi yang juga penyampai radio Suria FM didakwa bersikap lepas tangan dalam urusan rumah tangga.

Bagaimanapun Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, berkata isu berkenaan langsung tidak timbul dan ia bukan punca dia dan Syakilla mengambil keputusan untuk berpisah.

“Kepada orang yang tak tahu apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangga kami, tak perlu nak buat spekulasi yang bukan-bukan.

“Apabila mereka kata Killa yang buat segala-galanya, mereka tahu ke semua benda contohnya takkan saya nak basuh seluar dalam pun saya nak kena tunjuk dekat IG? Takkan saya nak cuci najis anak pun saya nak tunjuk kat IG?” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Untuk rekod Fizi dan Syakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini kemudiannya bercerai pada 15 Disember baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi