suria

Kecewa dengan stesen TV, Izara Aishah mahu fokus berlakon filem

PELAKON Izara Aishah mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang lambat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Kesal dengan perkara itu, Izara berharap pihak yang bertanggungjawab dengan isu bencana alam lebih sensitif dengan nasib rakyat.

“Saya tak faham kenapa perlu mengambil masa dua hari untuk orang, kerajaan atau pihak sepatutnya untuk menghulurkan bantuan.

”Sedangkan rakyat, artis yang sampai dulu daripada mereka. Ke mana mereka semua?” soalnya.

Dalam pada itu, Izara turut menasihatkan orang ramai yang ingin menderma agar memberi barang-barang dan keperluan yang boleh digunakan untuk mangsa banjir.

“Kalau nak beri derma bagi la betul-betul jangan la bagi baju yang tak boleh pakai dah,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Izara meluahkan rasa kesal kepada pihak stesen televisyen yang terlalu demand dalam memilih pelakon.

Katanya, dia hanya akan memberi tumpuan terhadap tawaran filem berbanding drama.

“Saya dah dua tahun tak berlakon, saya kena masuk kelas lakonan. Saya fokus kepada filem daripada TV, sebab TV banyak politik.

“Mereka memilih sangat, soal bayaran dan cara mereka bekerja. Saya dah lemas, saya kecewa,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi