suria

Sensasi 2021: Begini pengakhiran hubungan Vida dan Iqbal... Pemergian Siti Sarah masih dirindui

TAHUN 2021 yang menyaksikan pelbagai kisah suka dan duka dunia seni bakal melabuhkan tirai.

Sepanjang 365 hari yang berlalu, mStar melaporkan pelbagai peristiwa penting membabitkan dunia seni sama ada dalam dan luar negara.

Kisah pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas bertarung nyawa melawan Covid-19 paling mengejutkan kita.

Sehingga kini cerita-cerita kebaikan yang dilakukan ketika hayatnya terus menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Selain itu kisah sensasi dan kontroversi membabitkan usahawan Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli turut menarik perhatian ramai.

Untuk tempoh yang agak lama, media sosial sering dipenuhi dengan kisah peribadi antara mereka yang dianggap sebagai gimik.

Ikuti rangkuman lima berita hangat dan sensasi sepanjang tahun 2021 yang mStar sediakan untuk anda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi