suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pergi cari bukti aku kutuk lagu kau!” - Michael Ang suruh Aliff Syukri semak fakta sebelum ‘berbunyi’

KETIKA sedang sibuk mempromosi lagu Cinta Atau Propa, pengarah sensasi Michael Ang berdepan kecaman daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

Enggan melatah, Michael bagaimanapun berkata dia tidak pernah melabelkan Aliff sebagai ‘tergedik-gedik’ seperti yang disensasikan usahawan berkenaan.

“Kau kata aku cakap kau (Aliff Syukri) tergedik-gedik, kau faham tak apa yang aku cakap?

“Aku cakap aku tak tergedik-gedik keluarkan lagu dan bayar sendiri, aku dibayar untuk menyanyi... itu perbezaan kita,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Michael, dia sesekali tidak pernah mengutuk lagu nyanyian Aliff namun pernah memuji lagu nasyid nyanyian usahawan tersebut.

“Pergi cari bukti yang tunjukkan aku pernah kutuk lagu kau... tak pernah, puji lagu nasyid kau ada la.

“Apa-apa pun dia ada hak, kalau dia tak suka saya tak kisah... bagi saya, lagu tersebut untuk orang dengar dan untuk orang judge,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi