suria

Lain macam! Suki Low nak ikut jejak Victoria Beckham ‘kedekut’ senyum depan orang ramai, tapi alasan pula tak sama

KEHADIRAN penyanyi Suki Low menyertai Gegar Vaganza musim kelapan baru-baru ini membuatkan ramai peminat mengimbau nostalgia sekitar tahun 2006.

Rata-rata peminat memuji kecantikan Suki yang diibaratkan tidak dimamah usia walaupun sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Bercakap tentang rutin kesihatan, Suki, 32, berkata dia tidak mengambil sebarang produk tambahan namun memberitahu rahsia seri pada wajahnya adalah kebahagiaan bersama keluarga.

“Saya hanya jaga makan, jaga tidur macam biasa... tapi kebahagiaan datang daripada keluarga dan banyak habiskan masa bersama anak-anak buat saya tak stress.

“Jangan paksa diri kita terlalu kuat sampai kita melampaui batas, kalau tak boleh tahan... rehat lepas tu kita sambung balik buat kerja,” katanya kepada mStar.

Pada tahun2006, Suki menjuarai rancangan TV One In A Million menewaskan Alif Star dan Faizal Tahir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi