suria

Mula-mula kecam Mummy Jerung Merah tak layak masuk Big Stage, ramai terlopong Sofiaa Marieylla dapat markah tinggi

DILABEL sebagai peserta ‘under dog’ penyanyi Sofiaa Marieylla mula menunjukkan kemampuannya dalam melakukan persembahan di pentas Big Stage musim keempat.

Mempersembahkan lagu Aca Aca Nehi Nehi nyanyian asal Dadido, Sofiaa berjaya menambat hati juri hingga mendapat tempat kedua untuk konsert minggu ini.

“Alhamdulillah syukur sangat-sangat, saya tak sangka sebab peserta Big Stage kali ini semua hebat-hebat.

“Sebelum ini ramai yang kecam, cakap saya tak layak masuk dan dilabel merosakkan industri.

“Tapi bagi saya tak apa mereka nak cakap apa pun sebab niat saya masuk nak belajar dan memperbaiki bakat yang ada dalam diri saya,” ujarnya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi