suria

“Kalau dia nakal kat belakang saya tak tahu” - Wanns Ahmad cerita tentang latar belakang Da’i Syed, tak lokek ilmu agama

PELAKON Wanns Ahmad menyeru agar netizen berhenti menghukum Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selagi pendakwah muda itu belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

Kata Wanns dia bukan bertindak menyebelahi atau membela rakannya itu, namun mahu menyerahkan hal berkenaan kepada pihak yang sepatutnya.

"Saya sebenarnya tak defend dia pun cuma sebagai orang Islam, apabila terima perkhabaran yang masih belum sahih daripada pihak sepatutnya... kita tak boleh nak judge.

"Apa yang kita boleh buat adalah doakan yang baik-baik. Kalau dia bersalah biarlah Tuhan dan juga undang-undang yang tentukan hukuman tu, kita tiada hak.

"Malah kalau dia bersalah pun kita doakan yang baik-baik supaya dia berubah... tapi kalau dia tak salah, besar fitnah tu," ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi