suria

Penyanyi lagu ‘Tak Mau Mau’ Aidilia Hilda mengaku sudah ada kekasih - “I’m not available… sorry cinta tak semestinya memiliki”

PENYANYI BBNU Aidilia Hilda bersyukur kemunculannya sebagai artis menerusi single pertama berjudul Tak Mau Mau diterima baik.

Aidilia, 26, berkata, strategi menggunakan aplikasi TikTok dalam mempromosikan lagu berkenaan menjadi apabila muzik video yang dimuat naik pada 16 November lalu kini mencecah 600,000 jumlah tontonan.

“Saya gunakan TikTok sebagai medium untuk mempromosi lagu itu kerana masa pandemik ini susah untuk buat promosi seperti sebelum ini.

“Alhamdulillah, walaupun saya masih baru, muzik video itu sudah pun mencecah 600,000 tontonan YouTube” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aidilia memberitahu dia kini sudah berpunya dan kekasihnya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman.

“Saya not available, sorry cinta tak semestinya memiliki. Dia memiliki ciri-ciri yang saya inginkan iaitu pandai dan SPM straight A”ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi