suria

“Kami sampai satu tahap buntu...” - Achey tak dapat cari jalan selesaikan masalah keluarga arwah Abam

SELEPAS 10 bulan pemergian Allahyarham Abam, pelawak Achey berkata, dia berusaha untuk meneruskan kerja-kerja amal kebajikan yang dilakukan arwah semasa hayatnya.

Achey berkata, dia juga cuba mengikut jejak langkah arwah untuk aktif dalam program keagamaan.

“Alhamdulillah saya cuba teruskan apa yang arwah buat terutamanya untuk rumah-rumah anak yatim yang berdekatan dengan saya. Rumah kebajikan di kawasan rumah arwah pula saya banyak berhubung dengan Ali untuk uruskan.

“Selain itu saya cuba ikut jejak langkah arwah untuk buat program agama, saya pun tidak pandai sangat tapi Insya-Allah dengan kemunculan kita mungkin dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada orang lain, ” ujarnya.

Achey ditemui ketika majlis pelancaran produk snek makanan ringan Dorylicious di Gombak, Selangor pada Sabtu.

Dalam pada itu, Achey berkata, dia dan Fad lebih prihatin kepada kebajikan anak dan ibu Allahyarham.

“Kami prihatin kepada anak dan ibu arwah, orang rumah dia sudah ada bisnes... Alhamdulillah kami happy dengan perkara itu.

“Permasalahan mereka itu saya dan Fad sudah sampai satu tahap buntu dan kami tak boleh langsung menyentuh bab itu kerana kami pun orang luar.

“Cuma kami boleh menasihati mereka menggunakan jalan-jalan yang lebih damai dan elok, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Achey, Abam, Fad, Artis Sensasi,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi