suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai peminat wanita DM Haikal Farid nak berkenalan - “Saya balas mesej yang betul-betul sokong kerjaya seni”

PENYANYI baharu Haikal Farid mengakui sudah bersedia untuk berdepan dengan kecaman netizen selepas mengambil keputusan untuk serius dalam bidang seni.

Haikal yang bakal mengeluarkan single terbarunya yang berjudul Tak Terganti pada awal tahun depan juga bimbang kemunculannya akan disamakan dengan penyanyi lain yang sudah sedia ada dalam industri.

“Haikal risau juga kalau disamakan dengan penyanyi lain, walaupun ada kata suara sama dengan penyanyi Sufian Suhaimi. Kalau ikutkan suara saya lembut sikit dari Sufian.

“Namun masing-masing ada kelebihan tersendiri, ” ujarnya.

Dia juga mendedahkan dia selalu mendapat DM daripada peminat wanita yang ingin berkawan dan mengenali dirinya.

Haikal berkata, dia hanya melayan peminat yang betul-betul menyokong kerjaya seninya berbanding hanya beminat untuk mendekatinya sahaja.

“Haikal muda lagi, buat masa sekarang nak fokus dengan kerjaya dulu, bila dah ok baru la cari kekasih”ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi