suria

Masalah penglihatan Alina Hassan dah pulih... Syukur kepada Allah, terima kasih Siti Sarah dan Shuib

PENYANYI Alina Hassan meluahkan rasa syukur apabila masalah penglihatannya sudah pulih selepas mendapatkan rawatan dari klinik mata milik Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Alina, 52, tidak menyangka pendedahan media tentang kisah kehidupan serta kesihatannya mendapat perhatian daripada ramai pihak.

“Tak sangka-sangka ada hamba Allah yang Allah hantar untuk bantu saya sebab saya sendiri pun kumpul duit untuk buat rawatan ini.

“Saya sebenarnya benda ini tak mahu jadi viral, tapi bila viral... tak sangka ramai yang sayang kita dan tanya tentang kita Allahuakbar, ” ujarnya kepada mStar.

Rawatan matanya ditaja oleh pasangan artis Siti Sarah Raisuddin dan Shuib.

Sebelum ini, menurut laporan mStar pada 11 Ogos lalu, Alina mengalami masalah selaput mata atau katarak sehingga menjejaskan penglihatannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi