Wany Hasrita pun ada ‘plan’ nak kahwin, tapi... - “Bukan bau nasi minyak saya, tapi kena tempias je”

PENYANYI Wany Hasrita berharap agar lagu nyanyiannya berjudul Canggung berjaya bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) akan datang.

Wany atau nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, berkata dia sudah lama tidak beraksi di pentas AJL dan kebanyakan lagunya hanya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir sahaja.

“Saya sendiri pun letak harapan yang besar untuk lagu ini sebab ia kena dengan jiwa saya.

“Saya pun dah lama tak beraksi di pentas AJL, sebelum ini Menahan Rindu dan lagu-lagu lain hanya sampai ke separuh akhir sahaja, ” ujarnya kepada mStar.

Wany ditemui ketika menjayakan rakaman Akustika Suria di Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Wany menafikan dia bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa yang terdekat seperti khabar angin yang berlegar dalam kalangan peminat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi