“Sihat lagi... kalau nak belanja makan pun boleh” - Jenaka Hamid Gurkha masih berbisa

PELAKON dan pelawak veteran Hamid Gurkha memberitahu dia gembira dapat menghabiskan masa bersama keluarga walaupun tidak lagi aktif berlakon.

Menurut Hamid atau nama sebenar Abdul Hamid Abdul Rahman, 87, dia banyak membantu isterinya Timah Abdul Hamid dalam melakukan kerja rumah.

“Di rumah saya tak lakukan apa-apa, hanya tolong isteri basuh, jemur serta lipat kain.

“Banyak masa main dengan cucu-cucu... mereka la jadi penghibur, ” ujarnya kepada mStar.

Berkongsi mengenai rahsia kekal sihat, Hamid berkata sejak berusia 40 tahun dia mula menjaga permakanannya bagi menjaga kesihatan.

“Umur 40 tahun saya berhenti makan makanan laut, sayur saya hanya makan terung, bendi dan bayam.

“Saya juga menjaga solat dan berdoa minta pada Allah untuk dipanjangkan usia, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi