suria

Ella bukan buat-buat manja, rakaman program ‘Next To Neelofa’ memang tunjuk diri sebenar!

RAKAMAN temubual penyanyi rock Ella bersama pengacara Neelofa dalam program Next To Neelofa menjadi tular di media sosial.

Rata-rata penonton terhibur dengan aksi manja Ella... kata Ella, apa yang ditonton itu adalah karakter sebenar dirinya dan bukan dibuat-buat.

“Itulah saya, bukan manja... kita jadi diri sendiri, bukannya ada mask (topeng) di belakang. Dalam program itu kami bercerita mengenai perancangan akan datang dan berkongsi bagaimana saya berada di tahap sekarang, ” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Ella dan suami semakin bahagia dengan kehadiran anak angkat - “Rutin harian saya berubah 360 darjah”

Dalam pada itu, juri tetap program The Masked Singer Malaysia ini turut berkongsi tip untuk peserta program Big Stage 2020.

“Walaupun saya sibuk tapi saya nak bagi tip sikit... teruskan perjuangan anda, jangan putus asa, positif dalam apa sahaja. Buat terbaik dan kena rajin, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi