suria

Dolla kena ‘sound’ acah nak tiru Blackpink, tak ada identiti sendiri - “Bukan sengaja copy bulat-bulat, kami ambil inspirasi sana sini”

SALAH seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo menyifatkan perbandingan yang dibuat netizen antara mereka dan kumpulan terkenal dari Korea Selatan iaitu Blackpink sebagai satu penghargaan.

Sabronzo atau Sabrina Rusli, 25, bagaimanapun berkata kumpulannya yang dianggotai oleh Angel, Syasya dan Tabby itu tidak pernah terfikir untuk meniru kumpulan sensasi bertaraf antarabangsa itu.

“Saya sedar ada yang menyamakan kami dengan kumpulan Blackpink, kami anggap ia sebagai satu penghargaan kerana mereka sesungguhnya berada di satu tahap yang berbeza.

“Namun saya nak tegaskan kami bukannya copy bulat-bulat kumpulan Blackpink, sebenarnya kami terinspirasi daripada beberapa kumpulan wanita lain daripada Barat dan juga tempatan.

“Mungkin orang kata sedemikian kerana kami mempunyai empat orang ahli, namun ia sekadar satu kebetulan, ” kata Sabronzo kepada mStar.

Dolla, BlackPink


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi