suria

“Dah tak masa pergi spa, waxing kaki” - Cristina Suzanne fokus jaga anak

PELAKON Cristina Suzanne menjelaskan dia terpaksa menyepi seketika daripada dunia hiburan demi memberi sepenuh perhatian kepada anak sulungnya, Adrian Noah Faiz yang kini berusia 9 bulan.

Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 34, bagaimanapun berkata dia terbuka hati untuk menerima tawaran berlakon dalam filem Daulat selepas empat bulan melahirkan cahaya mata.

“Bukannya saya 'buang' bidang lakonan, namun keutamaan perlu diberikan kepada anak. Tambahan lagi saya kini sedang mengusahakan kedai barangan runcit dengan suami.

“Tak sampai hati terpaksa tinggalkan anak di rumah, paling lama 12 jam. Itu pun saya rasa tak senang duduk dan kerap kali meminta ibu untuk menghantar gambar keadaannya di rumah,” kata Cristina kepada mStar.

cristina suzanne


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi