“Tak pernah pula Senario bermusuh dengan sesiapa” - Azlee kongsi rahsia kumpulan lawak veteran masih bertahan - Video | mStar

“Tak pernah pula Senario bermusuh dengan sesiapa” - Azlee kongsi rahsia kumpulan lawak veteran masih bertahan

PELAWAK Azlee yang juga anggota kumpulan Senario berkata mereka tidak bermusuh dengan sesiapa atau terkait dengan isu dalaman sejak ditubuhkan 23 tahun lalu.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 52, berkata kesemua ahli Senario menjalankan tugas secara profesional dan tidak pernah berkecil hati biarpun mereka menjadi bahan lawak di atas pentas.

“Hampir 30 tahun kumpulan Senario ditubuhkan, sekali pun kami tak pernah bermusuh dengan sesiapa. Semua menjalankan tugas dengan profesional dan kerana itulah Senario masih wujud dan bertahan sehingga kini.

“Malah tiada seorang pun ahli pernah terasa hati hati apabila menjadi mangsa 'bahan' di atas pentas,” kata Azlee kepada mStar.

azlee senario
Semua
Hiburan
Berita
Variasi