Pelakon tua dapat bayaran ‘ciput’, Tony Eusoff berani bersuara - “Saya tak takut kena ban!”

PELAKON Tony Eusoff mengakui kesal dengan tindakannya berkongsi perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dengan seorang individu berhubung tawaran bagi membintangi sebuah drama.

Namun Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Hermas Rajiman, 42, berkata tindakan tersebut dibuat bertujuan untuk membuka mata pihak produksi agar menawarkan bayaran yang lebih 'masuk akal' kepada pelakon.

“Rasa bersalah sebenarnya selepas saya membuat pendedahan tersebut di laman sosial, namun sebenarnya langsung tiada niat untuk memalukan pihak berkenaan. Sebaliknya saya ingin menimbulkan kesedaran bahawa sistem bayaran industri hiburan sudah terlalu rosak.

“Tapi saya tak takut kalau kena ban akibat perbuatan ini, ia langsung tidak membawa perbezaan dengan kehidupan saya yang kini sedang menganggur,” kata Tony kepada mStar.

tony eusoff
Semua
Hiburan
Berita
Variasi