“Jadi artis jiwa kena kental, ingat artis Transformers ke?” - Kecoh individu fitnah anak Rita Rudaini pertahankan diri - Video | mStar

“Jadi artis jiwa kena kental, ingat artis Transformers ke?” - Kecoh individu fitnah anak Rita Rudaini pertahankan diri

TEMPOH 14 hari yang diberikan pelakon Rita Rudaini kepada dua individu yang mempersoalkan sah taraf anaknya akhirnya tampil bersemuka seperti yang dituntut aktres berkenaan.

Bagaimanapun di luar perkarangan Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada malam Rabu bertukar sedikit kecoh apabila salah seorang daripada individu berkenaan cuba mempertahankan diri dengan meletakkan kesalahan kepada pelakon itu.

Individu bernama Hafiidz Ahmad Mustaffa menasihatkan Rita agar tidak mengambil pusing kata-kata yang dilemparkan netizen terhadap dirinya atas alasan status seorang selebriti.

Meskipun permohonan maaf telah dibuat kedua lelaki terbabit, peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberitahu anak guamnya itu masih mempertimbangkan tindakan saman terhadap dua lelaki itu, Ahmad Najib Mat Arif, 38, dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39, bergantung kepada kesan yang ditinggalkan terhadapnya.

Bagaimana agaknya respons Rita berdepan netizen yang membuat fitnah terhadap anaknya itu, saksikan laporan yang disediakan mStar.

Rita Rudaini , saman
Semua
Hiburan
Berita
Variasi