suria

Penyanyi baharu Tuah Adzmi kongsi kisah putus cinta dengan penyanyi wanita - “Biasalah orang muda nak rasa dimanjakan”

PENYANYI Tuah Adzmi berkata, kisah cinta tidak kesampaian antara dia dengan seorang penyanyi wanita akan dikongsikan dalam sebuah lagu.

Tuah, 21, bagaimanapun berkata, peristiwa putus cinta itu memberi kesan yang mendalam buat dirinya.

“Biasalah orang muda nak juga rasa bercinta. Tapi bagus juga sebenarnya, boleh la saya buat lagu tentang kisah putus cinta lepas ni.

“Tapi tipulah kalau tiada rasa kecil hati dan terkilan, tambahan lagi saya mudah terasa. Biasalah nak dimanjakan,” kata Tuah kepada mStar.

tuah adzmi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi