suria

“Beri kami masa...” - Pemergian Pitt Hanif sangat terkesan, keluarga minta ruang

KELUARGA pengarah filem, Pitt Hanif yang ditemui meninggal dunia selepas dua hari dilaporkan hilang semasa memancing di Lipis, Pahang minta diberikan ruang untuk menerima berita pemergian sutradara itu.

Balunya, Farah Ahmad berkata sebarang kenyataan lanjut hanya akan dikeluarkan melalui laman sosialnya.

“Saya minta maaf namun saya sudah keluarkan kenyataan kepada media lain sebelum ini, berikan saya sedikit ruang.

“Apa -apa perkembangan akan dimaklumkan melalui laman sosial Facebook atau Instagram saya kelak,” kata Farah kepada mStar.

Terdahulu jenazah Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat AU2, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2 pagi Isnin.

Jenazah pengarah filem Coast Guard dibawa ke rumah ibunya yang juga seniwati terkenal Fauziah Nawi di Taman Melati, Setapak setelah tiba daripada Hospital Kuala Lipis Pahang.

Lebih 300 keluarga, kenalan serta rakan artis turut hadir ke majlis pengebumian bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datuk Fizz Fairuz, Azhan Rani, Nabil Ahmad, Black Hanifah, Beto Kusyairy dan Faizal Hussein.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

pitt hanif


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi