“Masih permulaan, jauh lagi nak setanding Tuju K-Clique” - Naim Daniel cuba bakat jadi penyanyi rap pula - Video | mStar

“Masih permulaan, jauh lagi nak setanding Tuju K-Clique” - Naim Daniel cuba bakat jadi penyanyi rap pula

PENYANYI Naim Daniel mendapat pujian ramai apabila video dia menyanyi rap yang dimuat naik sebuah stesen radio mendapat perhatian ramai.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 22, berkata, dia mula terdedah dengan muzik hip-hop ketika berada di bangku sekolah.

Kata Naim, dia juga membesar dengan lagu-lagu penyanyi rap terkenal seperti Joe Flizzow dan Altimet.

“Saya membesar dengan lagu-lagu hip-hop nyanyian Joe Flizzow, Altimet dan Ahli Fiqir, jadi muzik mereka serba sedikit mempengaruhi karya nyanyian saya. Dalam pada itu saya mula faham flow mereka dan cuba menulis lirik saya sendiri.

“Alhamdulillah macam-macam saya dan buat sebagai anak seni, namun menyanyi rap ni hanya sekadar permulaan. Masih jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan duet saya iaitu Tuju daripada K-Clique dalam lagu Adakah Engkau Menungguku,” kata Naim kepada mStar.

naim daniel
Semua
Hiburan
Berita
Variasi