“Apa motif kau dalam industri ni?” - Soalan pedas Michael Ang untuk selebriti suka cari publisiti murahan - Video | mStar

“Apa motif kau dalam industri ni?” - Soalan pedas Michael Ang untuk selebriti suka cari publisiti murahan

PENGARAH terkenal Michael Ang mempersoalkan tindakan golongan sesetengah selebriti yang dilihat cenderung melenting apabila menjadi mangsa kritikan netizen.

Menurut Michael, 43, lebih memualkan apabila wujud sesetengah golongan selebriti yang sengaja mengundang kecaman agar nama dan isu berkaitan mereka menjadi bahan bualan umum.

“Orang macam tu sengaja buat kontroversi sebab mereka crave for attention. Apabila orang kutuk tiba-tiba nak mengamuk, nak saman pula. Dah kenapa?

“Kalau tak suka jangan la post. Kau sendiri yang cakap pasal diri sendiri, lepas orang tokok tambah kau rasa diri dah terkena?,” kata Michael kepada mStar.

michael ang
Semua
Hiburan
Berita
Variasi