e-Sukan tak ada masa depan? “Tanpa anda sedar main game boleh jana income” - Haqiem Rusli - Video | mStar

e-Sukan tak ada masa depan? “Tanpa anda sedar main game boleh jana income” - Haqiem Rusli

PENGIKTIRAFAN kerajaan terhadap potensi e-Sukan mengundang rasa kurang senang sebilangan netizen dengan menyifatkan ia bukan sebahagian daripada cabang sukan yang sebenar.

Namun bagi penyanyi Haqiem Rusli, 21, dia melihat sukan permainan elektronik mempunyai masa depan yang cerah selain berupaya menjana pendapatan jika melalui saluran yang betul.

“Mungkin masih ramai memandang negatif terhadap mereka yang bermain game. Namun tanpa anda sedar game ini boleh menjana pendapatan kita.

“Bagi saya untuk anak muda menjana pendapatan daripada bermain game ini sangat bagus. Siapa yang pandang positif, ia akan jadi positif dan siapa pandang negatif maka begitulah jadinya,” ujarnya yang juga aktif dalam permainan video FIFA kepada mStar.

Selain itu Haqiem Rusli yang turut aktif dalam bermain PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) memberitahu, dia sudah mencuba bermain permainan berciri battle royale baharu iaitu Call Of Duty Mobile namun masih berada pada level rendah disebabkan sibuk dengan kerja.

Haqiem Rusli
Semua
Hiburan
Berita
Variasi