suria

Penangan berlakon filem seram, Chacha Maembong rasa ada ‘benda’ ikut balik rumah

PELAKON Chacha Maembong akui mengalami gangguan misteri dan kejadian pelik sepanjang terlibat dalam penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan.

Cerita Chacha, 23, dia ditegur beberapa pengikut di Instagram selepas berkongsi video Instastory.

“Kalau kita muat naik gambar di Instagram, ada pengikut yang screenshot dan tanya apa kat belakang tu. Tapi apabila kita tengok betul-betul, ini bukan hantu yang digunakan untuk shooting.

“Kadang-kadang Chacha juga rasa seperti ada orang ikut dari belakang sehingga kat rumah, nak tidur pun macam ada orang tengok kat belakang,”ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, Chacha yang menggalas watak utama dalam filem ini berkata dia sudah mendapatkan nasihat daripada seorang ustaz bagi memulihkan semangatnya.

Chacha Maembong


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi