Sampai melompat sebab nak tunjuk ‘happy’, Aishah Azman rasa lega putus tunang dengan Syafie Naswip - Video | mStar

Sampai melompat sebab nak tunjuk ‘happy’, Aishah Azman rasa lega putus tunang dengan Syafie Naswip

PELAKON Aishah Azman berkata dia kini menjalani kehidupan yang lebih bahagia selepas melalui konflik putus tunang dengan pelakon Syafie Naswip Julai lalu.

Tambah Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 23, dia juga sudah 'move on' dan enggan mengenang kembali pengalaman hitam yang dilaluinya sebelum ini.

“Alhamdulillah saya sangat gembira, kehidupan lebih baik... rasa lebih lega.

“Orang pun dah kurang bertanya tentang kisah putus tunang tu dan saya sendiri dah tak nak layan perasan-perasaan tu,” kata Aishah kepada mStar.

Untuk rekod, Aishah dan Syafie melangsungkan pertunangan pada 7 April lalu selepas saling mengenali sejak 2015.

Namun ikatan pertunangan mereka terlerai pada 21 Julai selepas berlaku insiden tidak diingini apabila Syafie didakwa mencederakan Aishah.

Pelakon yang terkenal dengan filem Mukhsin itu turut ditahan polis bagi membantu siasatan atas atas dakwaan ugut dan mendatangkan kecederaan.

aishah azman
Semua
Hiburan
Berita
Variasi