Dulu bagi alasan nak jaga anak, tapi lepas 6 bulan Ajak Shiro kembali ke konti radio - Video | mStar

Dulu bagi alasan nak jaga anak, tapi lepas 6 bulan Ajak Shiro kembali ke konti radio

KEHADIRAN Ajak Shiro menghiasi segmen Team Pagi Di Suria di Suria FM bersama penyampai Fizi Ali dan Issey Fazlisyam menimbulkan tanda tanya sama ada pelawak itu sudah kembali ke konti radio.

Namun kata Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 33, tanggungjawab sebagai ketua keluarga menjadi alasan utama untuk dia menerima sebarang tawaran kerja termasuk sebagai penyampai radio.

“Selepas mengumumkan bersara daripada stesen radio Hot FM Januari lalu, saya banyak menghabiskan masa membesarkan anak-anak di rumah, pernah juga terdetik mengapa saya dah 'pencen' sedangkan mereka masih muda. Sepatutnya saya kerja keras untuk masa depan mereka.

“Tipulah kalau tak rindu dunia radio, namun ia sedikit terubat apabila saya dijemput menjadi penyampai jemputan bersama stesen radio Suria FM sepanjang minggu ini.

“Saya juga tak tolak untuk pertimbangkan untuk kembali ke konti jika menerima mana-mana tawaran stesen radio selepas ini,” kata Ajak kepada mstar.
ajak shiro
Semua
Hiburan
Berita
Variasi