suria

Fikry akui salah, pegang tangan Tasha Shilla - “Saya terima teguran tapi jangan libatkan keluarga”

PELAKON Fikry Ibrahim kecewa apabila keluarganya turut menjadi mangsa tohmahan netizen yang kurang selesa dengan babak bersentuhan yang dilakonkannya bersama pelakon Tasha Shila dalam drama berjudul Kau Yang Pertama.

Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, berkata kenyataannya sebelum ini untuk cuba sebaik mungkin tidak bersentuhan dengan wanita dalam drama.

Bagaimanapun, Fikry akui terdapat situasi yang tidak dapat dielakkan daripada melakukan babak berpegangan tangan itu.

“Saya boleh terima jika teguran ditujukan kepada saya sahaja namun situasi berubah apabila ibu bapa saya juga terpalit sama sehingga ada yang kata saya tidak di didik dengan baik.

“Namun saya tak nafikan ia perkara yang salah apabila bersentuhan dengan wanita bukan mahram dan saya terima segala nasihat peminat, tapi janganlah sehingga salah faham terhadap kenyataan saya sebelum ini, lebih teruk ada yang olah kenyataan tersebut sehingga membawa maksud yang berbeza,” kata Fikry kepada mStar.

Fikry berkata, dia akan cuba untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berulang lagi pada masa akan datang.

fikry ibrahim


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi