“Peminat saya seusia, tak pandai undi online” - Aishah terkejut nama tercalon di ABPBH32 - Video | mStar

“Peminat saya seusia, tak pandai undi online” - Aishah terkejut nama tercalon di ABPBH32

PENYANYI Aishah tidak menyangka apabila namanya tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular di  Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32.

Penyanyi lagu Janji Manismu berkata, pada awalnya dia beranggapan ada pihak yang sengaja ingin bergurau selepas mendapat panggilan telefon memberitahu dirinya tercalon dalam anugerah tersebut.

“Bila saya dapat panggilan jemputan untuk datang ke sidang media ini, siapa punya kerja ini!

“Kau biar betul dik, jangan main-main suruh aku datang.

“Lepas itu, AG dan Haiza pula cakap, entah-entah dipanggil sebab saja nak 'prank', sudah... memang sah aku kena 'prank'”ujarnya kepada mStar.

Aishah pernah memenangi kategori tersebut tiga kali berturut-turut iaitu pada 1990 hingga 1992.

Bagaimanapun, Aishah berterima kasih kepada peminat yang mengundi dirinya sehingga tercalon sebagai lima artis popular ABPBH32.

Aishah , ABPBH32
Semua
Hiburan
Berita
Variasi