suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar jatuh tingkat 4 sekolah, mungkin panjat kerusi sebelum terjun

ALOR SETAR: Seorang pelajar perempuan patah kaki dan mengalami kecederaan serius di kepala selepas didakwa terjun dari tingkat empat bangunan sekolahnya di sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.50 pagi Isnin.

Menurut maklumat, sebuah kerusi ditemui berhampiran lokasi dia didakwa terjun.

Unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada kira-kira pukul 6.55 pagi.

Mangsa yang dikatakan berusia 17 tahun itu segera dikejarkan ke hospital selepas pegawai perubatan mendapati dia masih bernafas.

Pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

terjun bangunan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi